25 Days Left

25 Days

By : ppu09.wordpress. com

Salam syawal, salam satu Malaysia kepada DPLI’ans 09 … seperti mana yang telah diluahkan oleh sahabat-sahabat,

” sedar tak sedar tinggal sebulan je “

Iya ! Setiap yang bermula pasti kan berlalu, itu semua lumrah. Pokoknya di sini ialah ‘koreksi’. Koreksilah diri kita, apakah ‘kepraktikalan’ kita ini benar-benar menggambarkan seorang pendidik atau sebaliknya. Janganlah jadikan medan ‘praktikal’ ini ibarat melepas batuk ditangga. Ini adalah peringatan bersama. Supaya masa yang berbaki ini kita dapat perbaiki bersama sekiranya masih banyak kekurangan, dan menambah baik sekiranya ianya telah sedia baik.

25 hari orang kata sekejap sahaja. Ada orang kata 25 hari itu lama. Masing-masing ada pandangannya yang tersendiri. Untuk itu, blog ppu ingin sama-sama mengingatkan, agar menjadikan angka 25 itu angka yang begitu bermakna. Dengan memanfaatkan masa praktikal dengan sebaiknya. Dan ikhlaslah dalam mendidik.

Sekian , salam satu Malaysia ….

Categories: berita, program ppu Label:

Kenali Wabak Selsema Babi

Categories: berita, video klip

Lagu Bersama : Versi DPLI UIAM 09

Lagu ini ditujukan kepada semua sahabat DPLIans intake Januari dan juga intake July 2009 .. Baru dan lama, kita tetap bersama

Kini Berakhir Sudah : Luahan Dan Perasaan

Categories: video klip Label:, ,

Selamat Berimtihan : Semoga Berjaya

AMT dan exco PPU 09 mengucapkan selamat menghadapi imtihan final exam DPLI 09 Sem 2 …. moga Allah berikan kejayaan yang cemerlang kepada kita semua

Categories: berita

BIG : Updated

DSCN3691

Alhamdulillah kem BIG dapat dihadapi oleh ahli DPLI dengan penuh gembira

DSCN3610

Ni sekolah ke taman ni ?

10 – 12 Julai 2009, Rebutia Learning Centre : Alhamdulillah , ahli DPLI telah dapat melalui program Kem Bina Insan Guru dengan penuh ceria. Walaupun pada mulanya ada dikalangan ahli yang mengeluh namun di hari program berjalan, kita dapat melihat keriangan dan keceriaan di wajah ahli. Selain program-program yang berbentuk acara dewan, ahli juga perlu melalui pelbagai program outdoor yang begitu mencabar dan menguji emosi ahli. Diantara prorgam yang dilalui ialah menaiki bukit di tengah malam, menyarap di dalam lumpur dan berendam di dalam air di sbuh pagi. Aktiviti yang dijalankan banyak memberikan pengajaran dan juga keinsafan kepada ahli DPLI. Alhamdulillah … Mudah-mudahan sahabat-sahabat semua dapat manfaatkan pengalaman yang ada sepanjang melalui program kem bina insan guru dan semoga ianya menjadi sebuah kenangan manis buat kita semua. Sekian

Categories: berita, program ppu

Teachers Grooming Workshop

Satu lagi program anjuran Biro Latihan dan Pembangunan Modal Insan iaitu program yang berkait rapat dengan persedian para guru

21 hb Jun 2009

Ahad Jam

8 pagi

Semua ahli DPLI diwajibkan hadir

Categories: berita, program ppu

Kuliah Perubatan Islam : Dato’ Ismali Kamus

LT2 INSTEAD UIA, 17 Jun : Alhamdulillah, Kursus perubatan Islam berjalan dengan baik dan sambutan yang diberikan oleh ahli begitu memberansangkan. Program yang berjalan selama lebih kurang 2 jam setengah itu menampilkan Dato’ Ustaz Ismail Bin Kamus sebagai penceramah jemputan yang Read more…

Categories: berita, program ppu

Family Day Berjaya

Ahad, Female Sport Centre : Program Family Day anjuran Biro Sukan Persatuan Pendidik Ummah telah berlansung dengan jayanya. Keterlibatan ahli juga memberansangkan walaupun terdapat ahli-ahli yang tidak dapat menghadirkan diri. Diantara program-program yang diatur ialah , perlawanan Futsal bagi lelaki, bola jaring bagi perempuan dan bola tampar bagi kategori lelaki dan perempuan. Tidak kurang meriahnya juga, acara sukaneka berlansung pada sesi petang yang mana-mana ianya menambah ceria lagi Family Day pada hari tersebut.

Keputusan bagi pemenang keseluruhan di dalam peringkat kumpulan telah disandang oleh rumah biru. Tahniah diucapkan. Majlis penutup dan penyampaian hadiah berlansung dalam sekitar jam 5 .30 petang yang dihadiri oleh Dr suhailah dan hadiah bagi pemenang telah disampaikan olehnya.

Dengan ini, Biro penerbitan dan multimedia dan selaku wakil bagi MT dan exco PPu ingin mengucapkan tahniah dan jutaan terima kasih khususnya kepada para saf adhoc program yang telah bertungkus lumus menganjurkan program tersebut dengan jayanya. Tak lupa juga diucapkan kepada semua ahli yang sama-sama memeriahkan program Family Day tersebut. Sekian terima kasih

Gambar kenangan diantara pelajar DPLI UIA bersama tenaga pendidik di kuliyyah Education bersempena sambutan hari guru 2009 yang dianjurkan oleh PPU.

Categories: berita, program ppu Label:

Family Day 09

FAMILY DAY 09

Anjuran biro sukan Persatuan Pendidik Ummah DPLI 09.

Tempat : Female Sport Center

Tarikh : 14 Jun 2009

Semua ahli DPLI dijemput hadir bagi menyertai program yang dijalankan. Tidak lupa kepada pelajar BEDSA . Sekian di maklumkan

Categories: Uncategorized

Coral Speaking DPLI UIA 09

Klip video di atas adalah rakaman persembahan Coral Speaking dan Seloka oleh pelajar-pelajar DPLI UIA 09 bersempena dengan Sambutan Hari Guru anjuran Persatuan Pendidik Ummah . Majlis sambutan tersebut dihadiri oleh para pensyarah Institut Pendidikan (INSTEAD) UIA. Turut terlibat sama, ialah pelajar-pelajar dari BEDSA dan ramai lagi. Selamat menonton.

Categories: Uncategorized

McLead 2009

untitled

McLead adalah merupakan program kursus perngurusan dan kepimpinan yang tidak asing lagi khususnya bagi pelajar UIAM terutamanya yang diberi tanggungjawab untuk mengendalikan persatuan pelajar baik diperingkat kuliyyah mahupun peringkat UIAM itu sendiri. Bagi program DPLI 2009, program tersebut akan dijalankan pada 8 hingga 10 Mei ini. McLead pada tahun ini akan dijalankan di Eco Resort Pahang di bawah anjuran Biro Pembangunan dan Modal Insan, Persatuan Pendidik Ummah sesi 2009. Peserta yang terlibat adalah terdiri daripada kalangan pelajar DPLI khususnya para saf kepimpinan PPU 09 dan pelajar-pelajar yang terlibat dengan gerak kerja penganjuran program McLead.

Warga PPU berharap, pelajar-pelajar yang terlibat dapat mengambil manfaat tersebut dengan sebaik-baiknya, dan apabila kembali daripada program tersebut diharap pengalaman yang diperolehi dapat dikongsi bersama teman-teman yang lain. Selamat Berkursus

Categories: Uncategorized Label:,